Friday 21 October 2011

Thursday 13 October 2011

PERJUMPAAN BERSAMA PENASIHAT BARU PKAP DAN PENERANGAN 'LC'

Satu mesyuarat ringkas telah diadakan bersama penasihat PKAP yang baru iaitu Encik Asyraf bin Radzwan . Beliau merupakan penolong pendaftar bahagian pengurusan akademik UKM.

Beliau telah menyampaikan taklimat ringkas mengenai 'LC' . Beliau menerangkan serba sedikit beberapa perkara mengenai learning contract tersebut dan kriteria-kriteria yang dikehendaki .  Pertemuan ini dihadiri oleh semua ahli MT dan EXCO PKAP dan juga turut dihadiri oleh beberapa ahli mpp aspirasi UKM iaitu Mohd Kamal Ali, Yudha Putra dan Mohd Azlan Ismail yang juga ingin mendengar mengenai penjelasan 'LC ' .
Sepanjang penjelasan LC oleh Encik Asyraf








Selain dari penerangan LC, kami juga turut membincangkan mengenai program interaksi yang bakal dilangsungkan pada 22 Ok tober 2011 di Sungai Congkak . Program ini akan diadakan untuk ahli-ahli PKAP yang baru . Pertemuan kami diakhiri dengan sedikit jamuan ringkas .

p/s : Setelah mendengar penjelasan Encik Asyraf, kami akan memastikan setiap program yang diadakan oleh PKAP akan mendapat unit/ jam kredit untuk LC . InsyaAllah . Mengenai penerangan lanjut berkaitan perkara ini akan diupdate selepas ini . Terima kasih .

" DARI PAHANG KAMI DATANG, KE NEGERI PAHANG KAMI BERBAKTI "





PKAP SEBAGAI JUARA KAUNTER DAN PAMERAN TERBAIK UNTUK MINGGU 3 P

Alhamdulillah, syukur kepada Allah swt kerana telah memberikan kemenangan kepada PKAP pada minggu 3 P yang berlangsung pada 19 September - 23 September 2011. Ini adalah salah satu kemenangan besar kepada kami semua kerana telah dinobatkan sebagai JUARA kaunter dan juga pameran pada minggu 3 P tersebut. Sekalung tahniah dan juga budi diberikan kepada MT dan EXCO PKAP yang telah bersama-sama memberikan kerjasama dan komitmen ketika persiapan minggu 3 P.

Kata-kata Kak Nisah yang dipostkan ke dalam FB PKAP :


Salam.. tahniah wat sumer yg bertungkus lumus, time persiapan minggu 3p.. baru2 nie... samada secara langsung atau tidak langsung,...Syukur Pada Allah... Taala.. usha kita berbuah akhirnya... pesanan dr presiden....dan harapannya semoga kita akan terus maju untuk program akan dtg.. hari selasa malam kita celebrate sama2....yer.. nantikan msg dri izzati yer.... jujurnya akk rasa terharu dan gembira sgt dgn usha yg korg sumer berikan.. tanpa bantuan kamu sumer belum tentu juara ini milik kita... walaupun ia hnya pertandingn yg kecil... Siapa Kata PKAP TIDAK BOLEH??? KAN??
sekali lagi dari sy, TAHNIAH KITA JUARA.... KAUNTER DAN PAMERAN TERBAIK UNTUK MINGGU 3 P... HIDUP HIDUP PKAP...gembira2 juga.. hope sumer K.P 2 untuk setiap program alert dgn program masing2.... syg U all sumer....
· · · October 2 at 2:13pm
    • Mha Heaz thniah3!..btl 2 kak btl..alhmdlh..=)
      October 2 at 6:53pm · · 1 person
    • Permata Pintar alhamdulillah....
      October 2 at 7:54pm · · 1 person
    • Tentera Awan ni seme pasal ade sambal itam ngan ikan patin nii...bestttt
      October 4 at 12:24am · · 2 people
       
      Pada 5 Oktober, PKAP mengadakan jamuan ringkas bersama MT dan EXCO untuk meraikan kemenangan yang telah dimiliki.
      proses pembukaan hamper
      sungguh teruja nak buke hamper tu.
       


      alala.. comelnye kak nisah tutup mata ...=D                 


      p/s : Sesungguhnya kejayaan PKAP itu telah menambahkan semangat kami semua untuk memastikan PKAP akan setiap maju dan terus maju kehadapan dan sentiasa mencapai kejayaan demi kejayaan.. insyaAllah
      " DARI PAHANG KAMI DATANG KE NEGERI PAHANG KAMI BERBAKTI "

Sunday 18 September 2011

KONVENSYEN MAMPAN 2011

" Pemantapan Profesional Muda 2020 "



Tarikh   : 25 - 28 Julai 2011
Tempat : Bukit Gambang Resort City , Kuantan
Anjuran : Yayasan Pahang & Majlis Mahasiswa Anak-Anak Pahang Dengan Kerjasama Kerajaan Negeri Pahang

 

 

 

 

 

 

Hari Pertama : 25 Julai 2011 (Isnin)


Sesi pendaftaran delegasi bermula pada jam 3.00 petang . Pada sebelah malam , para delegasi diberi taklimat program oleh Pengarah Program Konvensyen MAMPAN 2011 iaitu En. Muhammad Shafiq Bin Abdullah .





Hari Kedua : 26 Julai 2011 (Selasa)

Hari kedua dimulakan dengan solat subuh berjemaah dan juga tazkirah . Setelah selesai sarapan pagi , bermulalah sesi pembukaan yang membicarakan tentang Hasrat Yayasan Pahang oleh YH Dato' Hajjah Saariah Bt Saad dan ucapan alu-aluan oleh presiden MAMPAN , En Mohd Norfarhan Bin Mohd Mustafa .



..... REHAT

Kemudian , sesi diteruskan dengan sesi 1 iaitu Entreprenuership & Economy oleh YBhg Datuk Maznah Hamid, Pengerusi Eksekutif Kumpulan Securiforce. Sesi ini telah mengupas tentang profesional muda sebagai komponen penting dalam ekonomi menjelang 2020 . Sesi ini berkongsi pandangan bagaimana profesional muda dapat menjadi 'key player' dalam pembentukan Malaysia sebagai sebuah negara maju menjelang 2020 .


..... Makan tengahari bersama Pengurus Besar Yayasan Pahang (Berprotokol)


Sesi 2 pula adalah berkenaan dengan Self Actualization. Sesi ini membawa tajuk, "Can Graduates be the Reputable World Class Young Professionals?". Sesi ini disampaikan oleh YBhg Tan Sri Dato' Abd Aziz Shamsuddin, Mantan Menteri Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah. Sesi ini meninjau ke atas perkembangan masyarakat Malaysia bermula daripada sebelum kemerdekaan, zaman kemerdekaan, Dasar Ekonomi Baru (DEB) dan Wawasan 2020 serta hubungkait "survival" orang Melayu dalam transformasi Malaysia sebagai sebuah negara maju menjelang 2020.

...... Minum Petang & Solat Asar


Pada sebelah petang , para delegasi didedahkan pula dengan sesi "The Endurance" oleh Komando Kanan. Sesi ini bertujuan meningkatkan ketahanan fizikal dan mental para delegasi. Bahagian pertama sesi ini merangkumi aktiviti-aktiviti fizikal di persekitaran resort. Kecerdasan minda turut diuji dalam sesi ini.




...... Solat Berjemaah & Kuliah Maghrib.

Sesi Perbincangan Resolusi.
......... Minum Malam & bersurai.





Hari Ketiga : 27 Julai 2011 (Rabu)

...... Solat Subuh & Tazkirah , Riadah & Sarapan Pagi

Sesi 4 adalah berkenaan Internationalization & Globalization. Sesi ini mengupas tentang "Assimilating the Positive Values & Cultures of Developed Countries Into Ours" oleh: Dr. Wan Norlidah Al-Qadri, Pengarah Pejabat Antarabangsa Universiti Malaysia Pahang . Sesi ini menerapkan tentang peri pentingnya nilai hidup dan budaya kerja yang positif.

...... Rehat.

Sesi 5 merupakan sesi MAMPAN on 2020 yang bertajuk "MAMPAN : A Leap of Tripartite Student Leadership" oleh mantan - mantan Presiden MAMPAN iaitu En. Wan Emril Nizam Bin Wan Embong, En. Zulfadzli Bin Shamsuddin dan En. Azrul Khairi Bin Muhammad.


......... Makan Tgh Hari & Solat Zohor.

Sesi 6 mengupas tentang isu Environment : Understanding A Current Issue oleh YM Raja Dato' Abdul Aziz Bin Raja Adnan, Ketua Pengarah Lembaga Perlesenan Tenaga Atom, Kementerian Sains Teknologi dan Inovasi. Sesi ini merupakan insight views dan penjelasan oleh pihak Kementerian Sains Teknologi dan Inovasi tentang isu Lynas.


........... Minum Petang & Solat Asar


Kemudian, sesi The Uphill Task mengambil tempat. Sesi yang dikendalikan oleh Komando Kanan ini merupakan lanjutan dari sesi The Endurance. Sesi ini menyediakan para delegasi dengan ketahanan fizikal yang lebih demanding.


.......... Makan Malam, Solat Berjemaah & Kuliah Maghrib.


Pada malamnya , terdapat pula Parallel Session yang mengupas tajuk, " Adakah Anda Bermaya dan Berkualiti? - 7 Habits of Effective People" oleh YBhg Prof Madya Hj Md Izuddin Bin Hj Ali.

......... Minum Malam & Bersurai.




Hari Keempat : 28 Julai 2011 (Khamis)




Majlis Perasmian Penutup
Konvensyen MAMPAN 2011


9.30 Pagi:
- Ketibaan YAB Menteri Besar Pahang
Dato' Sri Diraja Hj Adnan Bin Hj Yaakob SDSA.,SSAP.,DSAP.,DGSM.

- Bacaan Doa
- Ucapan Aluan Presiden MAMPAN
- Ucapan Pengurus Besar Yayasan Pahang
- Amanat YAB Menteri Besar Pahang

- Penyerahan Resolusi

12.30 Tgh Hari:
- Makan Tgh Hari
- Check out
- Bersurai

Friday 6 May 2011

cOrAt cOrEt PeRkAmPuNgAn MT & ExCo PKAP sEsI 2011/2012

Ini adalah corat coret sekitar Perkampungan MT dan Exco PKAP yang baru bagi sesi 2011/2012. Perkampungan ini bermula pada 02 Mei dan berakhir pada 06 Mei 2011.  

" A Picture Give A Thousand Words "

Memori sepanjang perkampungan ini dicoretkan lalu diabadikan dalam sebuah tatapan mesra. Pelbagai onak dan duri ditempuhi oleh MT dan para exco sepanjang gerak kerja dilakukan. Namun, ianya merupakan coretan yang paling indah dan disinilah bermula sebuah perjuangan Anak-Anak Darul Makmur.





Monday 2 May 2011

030511 : perkampungan AJK PKAP : 1st day , 1st meeting .

tarikh : 03/05/2011
tempat : Foyer Kolej Ungku Omar
masa : 8.30 p.m

wokey . 1st day , 1st meeting . hari ni semuanya bermula . setelah masing-masing AJK PKAP mengharungi cerita hidup masing-masing di bawah naungan DARUL MAKMUR , maka hari ini masing-masing hadir untuk sama-sama berkampung bagi memulakan gerak kerja untuk tanggungjawab yang dipikul .

Seperti biasa , 1st day , 1st meeting .. sudah pastilah sesi berkenal-kenalan sesama AJK terlebih dahulu . Bak kata orang , tak kenal maka tak cinta . So , disinilah bermula titik perkenalan untuk sebuah ukhuwah . Pendek kata , perkenalan bermula , ukhwah tercipta , keakraban terbina , kerjasama dipinta .

Makanya , apabila tali persahabatan mula diikat , di briefing pula tentang program untuk sepanjang sesi. MENARIK & TERTARIK . ayat yang sesuai untuk menggambarkan program KAMI . Setelah ditolak , tambah , bahagi , darab dan segala macam , maka KAMI sebulat suara memilih 10 program untuk sepanjang sesi ini .

10 program PKAP sesi 2011/2012 :

- Minggu pengenalan persatuan
- Program ramah mesra ahli baru PKAP
- Operasi Khidmat Masyarakat
- Jejak Menara & Tunas Bestari
- Kursus perkahwinan
- Sukan & Rekreasi
- Malam Premium Gading (MAPREGA)
- Program Pemantapan Akidah
- Kursus Keusahawanan
- Kursus Pemantapan Organisasi

Program telah dipilih , maka siapa yang akan mengelolanya ? ? ? ? TANDA TANYA ! jawapannya akan disingkap pada meeting esok hari ..

Akhirnya , setelah berpatah kata-kata diungkap oleh AJK-AJK PKAP .  Maka , sesuatu telah disimpulkan . Ikatan yang utuh , teguran yang membina , kerjasama yang dipinta .  

Sekian ,
" Seorang pejuang agama ALLAH tidak bekerja secara part time , tapi bekerja full time malah over time"

"Dari Pahang Kami Datang , Kepada Pahang Kami Berbakti"

Saturday 30 April 2011

CARTA ORGANISASI PERSATUAN KEBAJIKAN ANAK-ANAK PAHANG (PKAP)
UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA
SESI 2011/2012

Penaung
Tan Sri Dato’ Dr Sharifah Habsah Binti Syed Hasan Shahabudin
Naib Canselor UKM

Penasihat
Prof. Madya Shamsudin Suhor
Pensyarah Fakulti Undang-Undang UKM

Yang Di Pertua
Rahmad Fauzi Bin Mohd Nasir
A127307 FEP/3 013-6375392

Timbalan Yang Di Pertua
Muhammad Hazwani Bin Ahmad
A132619 FEP/2 012-9854138

Naib Yang Di Pertua I
 Hanisah Binti Burhanuddin
 A123711 FPEND/4  013-2853661

Naib Yang Di Pertua II
Nur Masitah Binti Mazlan
 A125786 FPEND/4 013-2854379

Setiausaha
 Jamilah Binti Zulkafli
A130457 FSSK/3 019-3602257

Timbalan Setiausaha
 Nurul Izzaty Binti Khalid
A127826 FST/3 013-99719210

Bendahari
Nurul Akmal Binti Hanafi
A122078 FPEND/4 019-3638016

Timbalan Bendahari
Siti Farah Syazwani Binti Abdul Aziz
A127738 FST/3 013-97579590

Exco :

Ekonomi Dan Pemasaran:                           Abdul Samad Bin Awang Maharum
                A128484 FSSK/3 013-66017070
 
 Nurwahida Binti Mat Sani
 A128070 FSSK/3 017-9174016

Tarbiyah & Pembangunan Insan:              Mohd Khalid Bin Seman 
             A129820 FPI/3 014-5011954

Nurhafizah Binti Mohd Ali
                                                                                     A125872 FPEND/4 0193666439

Pendidikan:                                                  Muhammad Firdaus Bin Zabri
               A133603 FPI/2 017-92097570

Khairani Binti Othman
A133312 FPEND/2 013-2748981

Hal Ehwal Siswi:                                         Nurhafida Binti Mohd Zain
A133869 FEP/2 019-9983378

Farah Najwa Binti Abdul Rahim
A133359 FPEND/2 019-9934352

Sukan Dan Rekreasi:                                   Muhammad Izzat Bin Che Omar
A134027 FPEND/2 017-9187601
  
Mohamad Hazizi Bin Abd Rahim
A133466 FSSK/2 017-9556652

Perhubungan Luar & Alumni:             Nurul Jannah Bt Kintan                                                                                                                             A132260 FEP/2 013-9055249
  
Nurmashitah Binti Mohd Zain
A134360 FST/2 014-8286382

Publisiti Dan Informasi:                             Nurul Atikah Binti Zulkarnain 
A133227 FPEND/2 013-9713016

                                                           Norziana Abu Hasan
A133008 FSSK/2 0136093429

Kebajikan & Tugas-Tugas Khas:               Muhammad Syazmie Bin Hamzah
                                                                       A131810 FEP/2 017-9141674

Wan Nurul Aisyah Binti Wan Mohd Hassim
A132281 FEP/2 013-3335231

Thursday 14 April 2011

SEJARAH PENUBUHAN PERSATUAN KEBAJIKAN ANAK-ANAK PAHANG (PKAP)

  • Persatuan Kebajikan Anak-Anak Pahang (PKAP) telah ditubuhkan pada tahun 1975. Ianya ditubuhkan oleh mahasiswa/i Pahang UKM yang menyedari bahawa perlunya persatuan yang mewakili mahasiswa/i Pahang.
  • Keahlianya terbuka kepada semua mahasiswa/i kelahiran Negeri Pahang atau yang bermaustatin di Negeri Pahang.
  • Sejak awal penubuhannya, PKAP bermatlamat menjaga kebajikan mahasiswa/i Pahang yang menuntut di UKM.
  • PKAP juga menjadi medan yang menemukan serta mengeratkan silaturrahim diantara mahasiswa/i Pahang di UKM melalui program-program yang dianjurkan, disamping dapat melatih mahasiswa/i Pahang meguruskan sesuatu organisasi serta menimba pelbagai pengalaman berguna.
  • Lanjutan daripada hasrat inilah PKAP telah menjalankan pelbagai aktiviti samada berbentuk akademik mahupun ko-kurikulum                                                          

Gabungan yang membentuk bendera pahang
LAGU KEBANGSAAN NEGERI PAHANG DARUL MAKMUR

Tajuk: "ALLAH SELAMATKAN SULTAN KAMI"



Lagu kebesaran negeri Pahang Darul Makmur ialah Allah Selamatkan Sultan Kami


Lirik Asal

Ya Allah Yang Maha Kuasa
Lanjutkan usia Kebawah Duli Yang Maha Mulia
Dirgahayu Darul Makmur
Aman dan bahagia sentiasa
Ya Allah selamatkan Kebawah Duli Raja kami.


Lirik Baru

Ya Allah Yang Maha Kuasa
Lanjutkan usia Duli Yang Maha Mulia
Dirgahayu Darul Makmur
Aman dan bahagia sentiasa
Ya Allah selamatkan Duli Tuanku Raja kami.
sumber : wikipedia




PENGERTIAN SEBENAR MENGENAI BENDERA NEGERI PAHANG

Hitam adalah warna kebesaran Bendahara melambangkan bahawa pada suatu ketika dahulu pemerintah di Negeri Pahang adalah seorang yang bertaraf Bendahara.

Putih adalah melambangkan raja. Tambahan warna putih di atas hitam ini membawa makna bahawa Negeri Pahang adalah negeri yang mempunyai kedaulatan sendiri dan pemerintahan beraja.

Ini juga membawa erti bahawa negeri ini ada mempunyai keistimewaan-keistimewaan, undang-undang, adat istiadat, adat resam, tatasusila serta kuasa-kuasa yang tertentu yang ada pada raja sebagai sebuah negeri yang beraja dan berdaulat.


LATAR BELAKANG NEGERI PAHANG


SEJARAH NEGERI PAHANG

Sejarah Negeri Pahang bermula sebelum didirikan kerajaan Melayu Melaka, wilayah bahagian selatan Semenanjung Tanah Melayu semuanya termasuk dalam kawasan kerajaan Pahang. Orang Jawa Majapahit zaman dahulu menyebut Semenanjung Tanah Melayu sebagai Pahang sahaja. Pada awal kurun Masihi ke 16, pada permulaan terdirinya kerajaan Melayu Johor, sempadan Negeri Pahang Darul Makmur; di sebelahnya sampai ke Sedili Besar dan di utara sampai ke Terengganu; sempadan ke baratnya pula sampai ke Rembau, Selangor dan Perak. Negeri Pahang Darul Makmur sekarang ini di sebelah utara dan baratnya dilingkungi oleh banjaran gunung dan di sebelah timurnya terbentang Laut China Selatan.
Negeri Pahang Darul Makmur ialah sebuah negeri yang terbesar di Semenanjung Tanah Melayu dengan keluasan 35,515 kilometer persegi. Kemasyhuran dan kehebatan namanya pada masa dahulu menjadi rebutan kerajaan yang ada di sekelilingnya. Pada masa ini Pahang adalah negeri di Semenanjung dengan terbahagi kepada sebelas daerah iaitu Kuantan, Pekan, Rompin, Maran, Temerloh, Jerantut, Bentong, Raub, Lipis, Cameron Highlands dan Bera. Manakala penduduknya pula terdiri dari berbagai kaum dan bangsa.

Mat Kilau pahlawan Pahang



ASAL USUL NAMA NEGERI PAHANG

Pada zaman dahulu Negeri Pahang Darul Makmur mempunyai berbagai nama. Pengarang China menyebutnya sebagai Pang-Hang, Peng-Heng, Pang-Heng, Pong -Fong, Phe-Hang,Pang-Kang dan lain-lain. Pada tahun 1225 Chao Ju-Kua telah mengarang sebuah buku bernama Chu-Fan-Chi, beliau menyatakan di antara beberapa buah negeri yang ditakluki di bawah kuasa San-fo-chi ialah negeri yang bernama Peng-keng. Peng-keng itu ialah Negeri Pahang Darul Makmur.
Orang Arab dan orang Eropah zaman dahulu menyebut Pam, Pan, Phang, Paam, Pao, Paon, Phaan, Paham, Fanhan, Phang dan Pahagh. G.R. Tibbetts, seorang ahli sejarah yang mengulas kisah yang ditulis dengan huruf Arab dalam buku karangan Mas'udi itu pada pendapat Tibbetts ialah Pahang. Dia lebih setuju menyebut perkataan Fanjab itu sebagai Fanhan, Panghang atau Panhang. Semuanya itu dimaksudkan Pahang. Ada setengah pendapat menyatakan Pahang berasal dari bahasa Siam asli ertinya timah. Orang Siam asli yang dulunya mendiami negeri ini dengan membuka lombong bijih timah terutama di Sungai Tembeling.
Mengikut cerita orang tua-tua Melayu pula, pada zaman dahulu di Sungai Pahang iaitu bertentangan dengan Kampung Kembahang, ada sebatang pokok kayu mahang yang besar rebah melintang menyeberangi sungai itu.Dari pokok mahang itu kononnya berasal nama Negeri Pahang Darul Makmur itu.Gelaran tua bagi Negeri Pahang Darul Makmur itu ialah Inderapura, disebut Pahang Inderapura. Bandar Dirajanya terkenal hingga sekarang dan ibu negeri pada zaman dahulu iaitu Pekan.Sebelum ditakluk oleh kerajaan Melayu Melaka ia dikenali sebagai Pura.

Jeti Penambang dan kelihatan Bangunan Balai Polis ditepi tebing Sungai Pahang suatu ketika dahulu