Thursday 13 October 2011

PERJUMPAAN BERSAMA PENASIHAT BARU PKAP DAN PENERANGAN 'LC'

Satu mesyuarat ringkas telah diadakan bersama penasihat PKAP yang baru iaitu Encik Asyraf bin Radzwan . Beliau merupakan penolong pendaftar bahagian pengurusan akademik UKM.

Beliau telah menyampaikan taklimat ringkas mengenai 'LC' . Beliau menerangkan serba sedikit beberapa perkara mengenai learning contract tersebut dan kriteria-kriteria yang dikehendaki .  Pertemuan ini dihadiri oleh semua ahli MT dan EXCO PKAP dan juga turut dihadiri oleh beberapa ahli mpp aspirasi UKM iaitu Mohd Kamal Ali, Yudha Putra dan Mohd Azlan Ismail yang juga ingin mendengar mengenai penjelasan 'LC ' .
Sepanjang penjelasan LC oleh Encik Asyraf








Selain dari penerangan LC, kami juga turut membincangkan mengenai program interaksi yang bakal dilangsungkan pada 22 Ok tober 2011 di Sungai Congkak . Program ini akan diadakan untuk ahli-ahli PKAP yang baru . Pertemuan kami diakhiri dengan sedikit jamuan ringkas .

p/s : Setelah mendengar penjelasan Encik Asyraf, kami akan memastikan setiap program yang diadakan oleh PKAP akan mendapat unit/ jam kredit untuk LC . InsyaAllah . Mengenai penerangan lanjut berkaitan perkara ini akan diupdate selepas ini . Terima kasih .

" DARI PAHANG KAMI DATANG, KE NEGERI PAHANG KAMI BERBAKTI "





No comments:

Post a Comment