Saturday 30 April 2011

CARTA ORGANISASI PERSATUAN KEBAJIKAN ANAK-ANAK PAHANG (PKAP)
UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA
SESI 2011/2012

Penaung
Tan Sri Dato’ Dr Sharifah Habsah Binti Syed Hasan Shahabudin
Naib Canselor UKM

Penasihat
Prof. Madya Shamsudin Suhor
Pensyarah Fakulti Undang-Undang UKM

Yang Di Pertua
Rahmad Fauzi Bin Mohd Nasir
A127307 FEP/3 013-6375392

Timbalan Yang Di Pertua
Muhammad Hazwani Bin Ahmad
A132619 FEP/2 012-9854138

Naib Yang Di Pertua I
 Hanisah Binti Burhanuddin
 A123711 FPEND/4  013-2853661

Naib Yang Di Pertua II
Nur Masitah Binti Mazlan
 A125786 FPEND/4 013-2854379

Setiausaha
 Jamilah Binti Zulkafli
A130457 FSSK/3 019-3602257

Timbalan Setiausaha
 Nurul Izzaty Binti Khalid
A127826 FST/3 013-99719210

Bendahari
Nurul Akmal Binti Hanafi
A122078 FPEND/4 019-3638016

Timbalan Bendahari
Siti Farah Syazwani Binti Abdul Aziz
A127738 FST/3 013-97579590

Exco :

Ekonomi Dan Pemasaran:                           Abdul Samad Bin Awang Maharum
                A128484 FSSK/3 013-66017070
 
 Nurwahida Binti Mat Sani
 A128070 FSSK/3 017-9174016

Tarbiyah & Pembangunan Insan:              Mohd Khalid Bin Seman 
             A129820 FPI/3 014-5011954

Nurhafizah Binti Mohd Ali
                                                                                     A125872 FPEND/4 0193666439

Pendidikan:                                                  Muhammad Firdaus Bin Zabri
               A133603 FPI/2 017-92097570

Khairani Binti Othman
A133312 FPEND/2 013-2748981

Hal Ehwal Siswi:                                         Nurhafida Binti Mohd Zain
A133869 FEP/2 019-9983378

Farah Najwa Binti Abdul Rahim
A133359 FPEND/2 019-9934352

Sukan Dan Rekreasi:                                   Muhammad Izzat Bin Che Omar
A134027 FPEND/2 017-9187601
  
Mohamad Hazizi Bin Abd Rahim
A133466 FSSK/2 017-9556652

Perhubungan Luar & Alumni:             Nurul Jannah Bt Kintan                                                                                                                             A132260 FEP/2 013-9055249
  
Nurmashitah Binti Mohd Zain
A134360 FST/2 014-8286382

Publisiti Dan Informasi:                             Nurul Atikah Binti Zulkarnain 
A133227 FPEND/2 013-9713016

                                                           Norziana Abu Hasan
A133008 FSSK/2 0136093429

Kebajikan & Tugas-Tugas Khas:               Muhammad Syazmie Bin Hamzah
                                                                       A131810 FEP/2 017-9141674

Wan Nurul Aisyah Binti Wan Mohd Hassim
A132281 FEP/2 013-3335231

Thursday 14 April 2011

SEJARAH PENUBUHAN PERSATUAN KEBAJIKAN ANAK-ANAK PAHANG (PKAP)

  • Persatuan Kebajikan Anak-Anak Pahang (PKAP) telah ditubuhkan pada tahun 1975. Ianya ditubuhkan oleh mahasiswa/i Pahang UKM yang menyedari bahawa perlunya persatuan yang mewakili mahasiswa/i Pahang.
  • Keahlianya terbuka kepada semua mahasiswa/i kelahiran Negeri Pahang atau yang bermaustatin di Negeri Pahang.
  • Sejak awal penubuhannya, PKAP bermatlamat menjaga kebajikan mahasiswa/i Pahang yang menuntut di UKM.
  • PKAP juga menjadi medan yang menemukan serta mengeratkan silaturrahim diantara mahasiswa/i Pahang di UKM melalui program-program yang dianjurkan, disamping dapat melatih mahasiswa/i Pahang meguruskan sesuatu organisasi serta menimba pelbagai pengalaman berguna.
  • Lanjutan daripada hasrat inilah PKAP telah menjalankan pelbagai aktiviti samada berbentuk akademik mahupun ko-kurikulum                                                          

Gabungan yang membentuk bendera pahang
LAGU KEBANGSAAN NEGERI PAHANG DARUL MAKMUR

Tajuk: "ALLAH SELAMATKAN SULTAN KAMI"



Lagu kebesaran negeri Pahang Darul Makmur ialah Allah Selamatkan Sultan Kami


Lirik Asal

Ya Allah Yang Maha Kuasa
Lanjutkan usia Kebawah Duli Yang Maha Mulia
Dirgahayu Darul Makmur
Aman dan bahagia sentiasa
Ya Allah selamatkan Kebawah Duli Raja kami.


Lirik Baru

Ya Allah Yang Maha Kuasa
Lanjutkan usia Duli Yang Maha Mulia
Dirgahayu Darul Makmur
Aman dan bahagia sentiasa
Ya Allah selamatkan Duli Tuanku Raja kami.
sumber : wikipedia




PENGERTIAN SEBENAR MENGENAI BENDERA NEGERI PAHANG

Hitam adalah warna kebesaran Bendahara melambangkan bahawa pada suatu ketika dahulu pemerintah di Negeri Pahang adalah seorang yang bertaraf Bendahara.

Putih adalah melambangkan raja. Tambahan warna putih di atas hitam ini membawa makna bahawa Negeri Pahang adalah negeri yang mempunyai kedaulatan sendiri dan pemerintahan beraja.

Ini juga membawa erti bahawa negeri ini ada mempunyai keistimewaan-keistimewaan, undang-undang, adat istiadat, adat resam, tatasusila serta kuasa-kuasa yang tertentu yang ada pada raja sebagai sebuah negeri yang beraja dan berdaulat.


LATAR BELAKANG NEGERI PAHANG


SEJARAH NEGERI PAHANG

Sejarah Negeri Pahang bermula sebelum didirikan kerajaan Melayu Melaka, wilayah bahagian selatan Semenanjung Tanah Melayu semuanya termasuk dalam kawasan kerajaan Pahang. Orang Jawa Majapahit zaman dahulu menyebut Semenanjung Tanah Melayu sebagai Pahang sahaja. Pada awal kurun Masihi ke 16, pada permulaan terdirinya kerajaan Melayu Johor, sempadan Negeri Pahang Darul Makmur; di sebelahnya sampai ke Sedili Besar dan di utara sampai ke Terengganu; sempadan ke baratnya pula sampai ke Rembau, Selangor dan Perak. Negeri Pahang Darul Makmur sekarang ini di sebelah utara dan baratnya dilingkungi oleh banjaran gunung dan di sebelah timurnya terbentang Laut China Selatan.
Negeri Pahang Darul Makmur ialah sebuah negeri yang terbesar di Semenanjung Tanah Melayu dengan keluasan 35,515 kilometer persegi. Kemasyhuran dan kehebatan namanya pada masa dahulu menjadi rebutan kerajaan yang ada di sekelilingnya. Pada masa ini Pahang adalah negeri di Semenanjung dengan terbahagi kepada sebelas daerah iaitu Kuantan, Pekan, Rompin, Maran, Temerloh, Jerantut, Bentong, Raub, Lipis, Cameron Highlands dan Bera. Manakala penduduknya pula terdiri dari berbagai kaum dan bangsa.

Mat Kilau pahlawan Pahang



ASAL USUL NAMA NEGERI PAHANG

Pada zaman dahulu Negeri Pahang Darul Makmur mempunyai berbagai nama. Pengarang China menyebutnya sebagai Pang-Hang, Peng-Heng, Pang-Heng, Pong -Fong, Phe-Hang,Pang-Kang dan lain-lain. Pada tahun 1225 Chao Ju-Kua telah mengarang sebuah buku bernama Chu-Fan-Chi, beliau menyatakan di antara beberapa buah negeri yang ditakluki di bawah kuasa San-fo-chi ialah negeri yang bernama Peng-keng. Peng-keng itu ialah Negeri Pahang Darul Makmur.
Orang Arab dan orang Eropah zaman dahulu menyebut Pam, Pan, Phang, Paam, Pao, Paon, Phaan, Paham, Fanhan, Phang dan Pahagh. G.R. Tibbetts, seorang ahli sejarah yang mengulas kisah yang ditulis dengan huruf Arab dalam buku karangan Mas'udi itu pada pendapat Tibbetts ialah Pahang. Dia lebih setuju menyebut perkataan Fanjab itu sebagai Fanhan, Panghang atau Panhang. Semuanya itu dimaksudkan Pahang. Ada setengah pendapat menyatakan Pahang berasal dari bahasa Siam asli ertinya timah. Orang Siam asli yang dulunya mendiami negeri ini dengan membuka lombong bijih timah terutama di Sungai Tembeling.
Mengikut cerita orang tua-tua Melayu pula, pada zaman dahulu di Sungai Pahang iaitu bertentangan dengan Kampung Kembahang, ada sebatang pokok kayu mahang yang besar rebah melintang menyeberangi sungai itu.Dari pokok mahang itu kononnya berasal nama Negeri Pahang Darul Makmur itu.Gelaran tua bagi Negeri Pahang Darul Makmur itu ialah Inderapura, disebut Pahang Inderapura. Bandar Dirajanya terkenal hingga sekarang dan ibu negeri pada zaman dahulu iaitu Pekan.Sebelum ditakluk oleh kerajaan Melayu Melaka ia dikenali sebagai Pura.

Jeti Penambang dan kelihatan Bangunan Balai Polis ditepi tebing Sungai Pahang suatu ketika dahulu