Saturday 31 March 2012

Dialog Agama dan XCBL

Assalamualaikum wbt ,

Maaf kerana sudah lama tidak meng'update'kan blog ini kerana agak kesuntukan masa . Kali ini , ingin dikongsikan sedikit sebanyak program yang telah dilaksanakan oleh PKAP UKM pada baru-baru ini . Yang pertamanya program dialog agama yang mendapat kerjasama serta diusahakan bersama-sama dengan Persatuan Jannah , Jakma  dan Perkim . Antara butir-butir program ialah :

                
 


Alhamdulillah , program ini berjalan dengan lancar pada malam tersebut dan mendapat sambutan yang agak menggalakkan . Tajuknya bertajuk " Common Misconception In My Religion " telah menarik minat pelajar-pelajar UKM dan segelintir orang luar untuk datang mendengar dialog ini bagi menambah ilmu mengenai agama masing-masing . Setiap penceramah  diberi masa 20 minit untuk menyampaikan dialog masing-masing . Ketika sesi soal jawab , banyak respon telah diterima namun amat kami kesali kerana kekangan masa telah membantutkan sesi ini untuk diteruskan , tetapi mana-mana pihak yang ingin bertanya dengan lebih lanjut boleh menghubungi atau emel penceramah yang telah dijemput  . 

Antara gambar yang boleh dikongsi sepanjang dialog tersebut :