Thursday 14 April 2011

LAGU KEBANGSAAN NEGERI PAHANG DARUL MAKMUR

Tajuk: "ALLAH SELAMATKAN SULTAN KAMI"



Lagu kebesaran negeri Pahang Darul Makmur ialah Allah Selamatkan Sultan Kami


Lirik Asal

Ya Allah Yang Maha Kuasa
Lanjutkan usia Kebawah Duli Yang Maha Mulia
Dirgahayu Darul Makmur
Aman dan bahagia sentiasa
Ya Allah selamatkan Kebawah Duli Raja kami.


Lirik Baru

Ya Allah Yang Maha Kuasa
Lanjutkan usia Duli Yang Maha Mulia
Dirgahayu Darul Makmur
Aman dan bahagia sentiasa
Ya Allah selamatkan Duli Tuanku Raja kami.
sumber : wikipedia




PENGERTIAN SEBENAR MENGENAI BENDERA NEGERI PAHANG

Hitam adalah warna kebesaran Bendahara melambangkan bahawa pada suatu ketika dahulu pemerintah di Negeri Pahang adalah seorang yang bertaraf Bendahara.

Putih adalah melambangkan raja. Tambahan warna putih di atas hitam ini membawa makna bahawa Negeri Pahang adalah negeri yang mempunyai kedaulatan sendiri dan pemerintahan beraja.

Ini juga membawa erti bahawa negeri ini ada mempunyai keistimewaan-keistimewaan, undang-undang, adat istiadat, adat resam, tatasusila serta kuasa-kuasa yang tertentu yang ada pada raja sebagai sebuah negeri yang beraja dan berdaulat.


No comments:

Post a Comment