" Pemantapan Profesional Muda 2020 "
Tarikh : 25 - 28 Julai 2011
Tempat : Bukit Gambang Resort City , Kuantan
Anjuran : Yayasan Pahang & Majlis Mahasiswa Anak-Anak Pahang Dengan Kerjasama Kerajaan Negeri Pahang
Hari Pertama : 25 Julai 2011 (Isnin)
Sesi pendaftaran delegasi bermula pada jam 3.00 petang . Pada sebelah malam , para delegasi diberi taklimat program oleh Pengarah Program Konvensyen MAMPAN 2011 iaitu En. Muhammad Shafiq Bin Abdullah .
Hari Kedua : 26 Julai 2011 (Selasa)
..... REHAT
Kemudian , sesi diteruskan dengan sesi 1 iaitu Entreprenuership & Economy oleh YBhg Datuk Maznah Hamid, Pengerusi Eksekutif Kumpulan Securiforce. Sesi ini telah mengupas tentang profesional muda sebagai komponen penting dalam ekonomi menjelang 2020 . Sesi ini berkongsi pandangan bagaimana profesional muda dapat menjadi 'key player' dalam pembentukan Malaysia sebagai sebuah negara maju menjelang 2020 .
..... Makan tengahari bersama Pengurus Besar Yayasan Pahang (Berprotokol)
Sesi 2 pula adalah berkenaan dengan Self Actualization. Sesi ini membawa tajuk, "Can Graduates be the Reputable World Class Young Professionals?". Sesi ini disampaikan oleh YBhg Tan Sri Dato' Abd Aziz Shamsuddin, Mantan Menteri Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah. Sesi ini meninjau ke atas perkembangan masyarakat Malaysia bermula daripada sebelum kemerdekaan, zaman kemerdekaan, Dasar Ekonomi Baru (DEB) dan Wawasan 2020 serta hubungkait "survival" orang Melayu dalam transformasi Malaysia sebagai sebuah negara maju menjelang 2020.
...... Minum Petang & Solat Asar
Pada sebelah petang , para delegasi didedahkan pula dengan sesi "The Endurance" oleh Komando Kanan. Sesi ini bertujuan meningkatkan ketahanan fizikal dan mental para delegasi. Bahagian pertama sesi ini merangkumi aktiviti-aktiviti fizikal di persekitaran resort. Kecerdasan minda turut diuji dalam sesi ini.
...... Solat Berjemaah & Kuliah Maghrib.
Sesi Perbincangan Resolusi.
......... Minum Malam & bersurai.
Hari Ketiga : 27 Julai 2011 (Rabu)
...... Solat Subuh & Tazkirah , Riadah & Sarapan Pagi
Sesi 4 adalah berkenaan Internationalization & Globalization. Sesi ini mengupas tentang "Assimilating the Positive Values & Cultures of Developed Countries Into Ours" oleh: Dr. Wan Norlidah Al-Qadri, Pengarah Pejabat Antarabangsa Universiti Malaysia Pahang . Sesi ini menerapkan tentang peri pentingnya nilai hidup dan budaya kerja yang positif.
...... Rehat.
Sesi 5 merupakan sesi MAMPAN on 2020 yang bertajuk "MAMPAN : A Leap of Tripartite Student Leadership" oleh mantan - mantan Presiden MAMPAN iaitu En. Wan Emril Nizam Bin Wan Embong, En. Zulfadzli Bin Shamsuddin dan En. Azrul Khairi Bin Muhammad.
......... Makan Tgh Hari & Solat Zohor.
Sesi 6 mengupas tentang isu Environment : Understanding A Current Issue oleh YM Raja Dato' Abdul Aziz Bin Raja Adnan, Ketua Pengarah Lembaga Perlesenan Tenaga Atom, Kementerian Sains Teknologi dan Inovasi. Sesi ini merupakan insight views dan penjelasan oleh pihak Kementerian Sains Teknologi dan Inovasi tentang isu Lynas.
........... Minum Petang & Solat Asar
Kemudian, sesi The Uphill Task mengambil tempat. Sesi yang dikendalikan oleh Komando Kanan ini merupakan lanjutan dari sesi The Endurance. Sesi ini menyediakan para delegasi dengan ketahanan fizikal yang lebih demanding.
.......... Makan Malam, Solat Berjemaah & Kuliah Maghrib.
Pada malamnya , terdapat pula Parallel Session yang mengupas tajuk, " Adakah Anda Bermaya dan Berkualiti? - 7 Habits of Effective People" oleh YBhg Prof Madya Hj Md Izuddin Bin Hj Ali.
......... Minum Malam & Bersurai.
Majlis Perasmian Penutup
9.30 Pagi:
- Ketibaan YAB Menteri Besar Pahang
Dato' Sri Diraja Hj Adnan Bin Hj Yaakob SDSA.,SSAP.,DSAP.,DGSM.
- Bacaan Doa
- Ucapan Aluan Presiden MAMPAN
- Ucapan Pengurus Besar Yayasan Pahang
- Amanat YAB Menteri Besar Pahang
- Penyerahan Resolusi
12.30 Tgh Hari:
- Makan Tgh Hari
- Check out
- Bersurai
No comments:
Post a Comment